Sunday, August 17, 2008

PENGALAMAN BERLAKON DRAMA






INGIN saya ceritakan serba sedikit tentang pengalaman saya berlakon drama tv. Sejak tahun 2004 hingga kini sudah lebih 20 buah drama yang saya lakonkan...kebanyakannya adalah watak 'extra' iaitu watak samseng..

Antara drama yg telah saya lakonkan adalah seperti Lensa Kriminal, Tentangan 1, Tentangan 2, Ezora, Menggenggam Bara, Tidak Pernah Ku Kesali dan lain lain.

Dalam banyak-drama itu, Tentangan 2 yang baru habis penggambaran di Clearwater Sanctuary Golf Resorts Batu Gajah Perak dan akan di tayangkan di TV2 pada Oktober nanti adalah drama yang paling banyak watak saya lakonkan. Hampir 20 episod saya terlibat dalam drama itu.

Watak saya sebagai Tuan Adam iaitu Pengarah Syarikat Tiara. Drama ini di arahkan oleh Mr Terry Chan dan 99% pelakon adalah bangsa cina. Bahasa Melayu digunakan 100% dalam drama ini. Perkataan OK tidak dibenarkan langsung sama sekali. jadi cabarannya adalah untuk menggunakan bahasa buku.

Berlakon ini adalah sekadar hobi di masa lapang saya sahaja.

Kalau ada di kalangan pembaca blog saya ini yg minat berlakon dan berbakat..boleh la hubungi saya ya...

Tuesday, August 5, 2008

Menanti Office Baru Siap...


Office baru Mienco Distribution Sdn Bhd sepatutnya siap pada 1 Ogos yang lepas..namun disebabkan masalah bahan mentah, pihak kontraktor pengubahsuaian (renovations) telah menyebabkan kelewatan.

Pejabat ini adalah terletak betul-betul di belakang Shell/Petronas di Plaza Tol Subang Airport.. iaitu di Plaza Glomac (warna Oren) bangunan yang baru sahaja di siapkan. Bersebelahan dengan bangunan ini adalah Sterling Condo dan Mahkota Kelana Condo...

Syarikat ini adalah Distributor untuk DELL dan LENOVO.. semua yg berkaitan dgn IT..

Di harapkan rakan blogger dan juga teman2 jika memerlukan bantuan bagi mendapatkan Komputer.. Desktop.. Laptop... boleh la hubungi saya ya...

Salam Perkenalan

Assalamualaikum w.b.t.

Saya King5zal ingin mengalu-alukan kedatangan para bloggers, kawan-kawan, surfers ke halaman blog saya yang tak seberapa ini.

Izinkan saya menceritakan serba sedikit tentang diri saya.

Nama penuh saya RAJA FAIZAL BIN RAJA ABDUL AZIZ dan di lahirkan di Terendak Kem Melaka pada Jun 6, 1970. Arwah ayah saya RAJA ABDUL AZIZ BIN RAJA ABDUL RAHMAN adalah bekas Tentera yang telah berkhidmat untuk Agama, Bangsa dan Negara tercinta, Malaysia dari tahun 1952 hingga 1977. Arwah ayah saya adalah Idola dan Hero saya.

Beliau mendidik saya menjadi seorang Insan dan manusia. Satu-satunya harta yang amat berharga yang arwah berikan adalah Pendidikan. Alhamdulillah, berkat doa dan kerja keras arwah ayah saya, semua adik beradik saya seramai 5 orang berjaya mendapat ijazah dari pelbagai universiti dalam dan luar negara. Bukan mudah bagi arwah kerana beliau sering bertugas di perbatasan dan di pelbagai negeri di Malaysia. Kakak sulung saya bersekolah sebanyak 16 sekolah kerana mengikuti arwah ayah saya bertugas.

Jadi, di sini ingin saya tekankan, disiplin, ketekunan dan ketaqwaan adalah asas kesejahteraan setiap keluarga. Arwah ayah saya bukanlah orang senang. Beliau telah menjadi yatim piatu sejak berumur 6 tahun dan tinggal di asrama anak2 yatim. Berkat kesungguhannya arwah ayah saya di terima masuk ATM pada tahun 1952 pada umur 20 tahun. Beliau pencen tentera pada tahun 1977 dengan pangkat Staff Sarjan di bidang Kejuruteraan Elektrik dan Jentera (KJLJ).

Saya mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Tanjung Aru Sabah dari tahun 1977 (2 penggal sahaja) dan berpindah ke Sek Keb Kg Manjoi, Ipoh (1977-1979). Semasa di darjah 4 saya terpaksa berpindah lagi ke Sek Keb Jln Douglas di Ipoh kerana Sek Keb Kg Manjoi hanya setakat darjah 3 sahaja..tiada darjah 4 hingga 6.

Dari tahun 1983 hingga 1987 saya bersekolah di Sek Men Dr Megat Khas Jalan Labrooy Ipoh dari tingkatan satu hingga tingkatan 5.
Sekolah ini semua lelaki dan saya berpeluang mengasah bakat saya di bidang sukan, kepimpinan dan juga kerja berkumpulan. Saya telah di beri peluang untuk menjadi Pengawas sekolah dari tingkatan 2 hinggalah ke tingkatan 5 dengan memegang jawatan Setiausaha Pengawas.

Saya amat aktif dengan sukan dan telah berjaya menggondol 10 pingat emas dan 3 perak dalam acara kegemaran saya iaitu lompat. Dari form 3 hingga form 5 tiada siapa yang dapat menewaskan saya dalam acara Lompat Tinggi, Lompat jauh, Lompat Kijang. Saya juga mewakili daerah di acara lompat tinggi dan berjaya mendapat tempat ke 2 (tewas kepada pemegang rekod sukan SEA pada waktu itu Low cwee peng). Waktu di tingkatan 3, tinggi saya 185cm dan 59kg.

Saya juga adalah ketua rumah Hijau dan berjaya menjadi johan dari form 3 hingga form 5. Banyak kenangan manis di sekolah ini kerana kami bergaul dengan pelbagai kaum, melayu, cina, india. All boys School. nakal tu biasala...

Setelah habis SPM, pada tahun 1988, saya melanjutkan pelajaan di ITM Manjung Perak dalam jurusan Diploma In Accountancy. Di sini baru saya mengenal erti pelajar wanita. Susah juga untuk bergaul dengan mereka kerana sudah biasa dengan cakap yg kasar, selamba, berterus terang dengan lelaki selama ini. Oleh kerana sukar menyesuaikan diri dengan pelajar wanita, maka saya buat hal saya.

Alhamdulillah.. di ITM Manjung, saya berjaya mendapat Pelajar Lelaki Terbaik selama 4 semester. Sekali lagi Pelajar DIA di minta bertukar ke kampus baru di ITM Johor, Segamat.
Jadi, Semester 5 dan 6 saya belajar di ITM Johor dan menginap di Blog Garuda.. (skrg dah tukar nama). Kampus baru, serba kekurangan... pelbagai kenangan manis dan pahit di sana.

1991, saya menerima Diploma saya dan di tawarkan ke ITM Shah Alam bagi kursus Diploma Lanjutan Perkaunan (Advanced Diploma in Accountancy).
Barulah saya merasa suasana kampus yang sebenar. Lega.... tiada lagi pelbagai halangan dan rintangan seperti di ITM Manjung dan Johor. hehhe pada masa lampau kami memanggil ITM cawangan ini Sekolah Tinggi Mara..sbb mcm budak sekolah di buatnya..Undang2 pelik..

Di ITM Shah Alam..saya menginap di Perindu 3. Kolej Lelaki yang terkenal dengan kenakalannya.. dan selepas itu kami semua memegang status NR (Non Residence) ..kenela menyewa di section 8... 24 dll..

Di ITM Shah Alam..sebagai senior..saya juga telah di beri kepercayaan untuk memimpin pelajar2 Perkaunan dan di berikan mandat memegang jawatan President, ADIA Asscociation.
Pelbagai aktiviti ilmiah dan ko kurikulum saya anjurkan. Saya juga berkecimpung dengan Sukan Bola Keranjang dan mewakili ITM di peringkat Inter Varsiti. Hobi sukan bola keranjang ini saya teruskan sehingga ke hari ini.

Sebelum saya Grad ADIA, saya telah di interview oleh Bank Pembangunan. Saya amat bersyukur kerana sebaik sahaja keputusan peperiksaan akhir di terima, pada bulan Disember 1993, saya terus mendapat tawaran kerja sebagai Project Officer Bank Pembangunan Alor Setar.
2 Januari 1994 saya melapor diri di B P Alor Setar. Suasana lain dari suasana pembelajaran.

Saya di tugaskan untuk membantu usahawan bagi mendapatkan pembiayaan untuk perusahaan mereka di pelbagai bidang seperti Bas, Pengilangan, Hotel, Perabut dll. Saya di tugaskan untuk Northern Region iaitu Kedah, Perlis dan Langkawi. Masalahnya adalah satu... cuti tak sama dgn KL..saya jadi giler hehehe... lagi seminggu untuk saya di sahkan dalam jawatan, saya bertukar kerja ke Subang jaya dengan anak syarikat PNB iaitu Heveafil Sdn Bhd.

1994 July - Heveafil adalah sebuah syarikat pengeluar latex thread (benang getah) terbesar di Asia dan product di eksport ke lebih 10 negara dengan 9 cawangan luar negara.

1995 - Saya bertukar kerja dan bertugas di Shapadu Corporation Sdn Bhd di Kompleks PKNS Shah Alam sebagai Executive Assistant to Group Executive Chairman... iaitu PA kepada Dato Hj Shahrani, Pengerusi Shapadu. Jadual kerja saya amat ketat dan kerja siang dan malam dan belajar bagaimana untuk berjaya sebagai usahawan.
Sepanjang bertugas dengan Shapadu, saya berpeluang bertugas di luar negara seperti London, Paris, Monte Carlo, Budapest, Beijing, Jakarta dan lain-lain.

Selepas tu pelbagai sektor saya ceburi seperti Koperasi Serbaguna kakitangan MAS di Subang airport selama 4 tahun, Kelab Sukan MAS 4 tahun dan sekarang saya di bidang IT dengan rakan-rakan saya.

Syarikat sekarang ini adalah MIENCO DISTRIBUTION SDN BHD - distributor untuk DELL dan LENOVO.

Saya akan sambung lagi cerita saya sedikit masa lagi.

Sekian dulu dari saya

KING5ZAL