Wednesday, September 17, 2008

18 Ramadan 1429 - 18 September 2008

Assalamualaikum Semua..

Dah lama saya tak berkesempatan menulis di blog ini kerana baru sahaja selesai berpindah ke bangunan baru di Plaza Glomac Kelana Jaya....alhamdulillah...

Pagi ini mesin photostat cum fax cum scanner fuji xerox baru sahaja sampai.. barulah boleh print documents...

Aku masih mengejar Company Secretary kerana form 24 masih lagi belum di sediakan. Company Mienco Distribution ini baru sahaja increase paid up Capital dari RM2 ke RM1 juta.. Form 49, Form 9 semua dah siap... di harapkan semua documentations ini dapat di siapkan segera..

Company ini terlibat dalam semua bidang ICT... computers...distributor Lenovo/Dell... dan lain-lain..

Semalam hari Nuzul Quran..aku berbuka puasa di Syarikat lama aku..di Malaysia Airlines Subang Airport bersama-sama dengan kawan lama MASenidaya.. kumpulan Gamelan MAS.. dah lama sungguh aku tak main Gamelan..dan peluang berbuka puasa secara Pot Luck amat mengeratkan silaturrahim antara kami ..Alumni Gamelan ...
Aku membawa 5 botol air King Cola (sempena nama aku King..hehehe)
Azman iaitu ketua Gamelan...staff engineering MAS Subang..membawa Spagetti..Kebab dan lain2.. byk sungguh makanan...

Kami mulakan dengan minum dan jamah kurma dan kuih..kemudia solat maghrib berjemaah..
barulah makan...

Kepada Tauhid MAS KLIA, Bob Kurus..dan lain-lain..(ramai ahli gamelan baru yg aku tak kenal) di ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi menjemput King utk sama2 berbuka puasa...

Hari Rabu juga yakni semalam.. buat pertama kalinya.. Daniel anak bongsu aku yg baru usia 5 tahun..telah berjaya berpuasa penuh satu hari..tanpa makan dan minum dari sahur hinggalah ke maghrib...kesian Daniel.. dia muntah selepas makan nasi..kerana angin..
Selama 16 hari puasa sebelum ini..Daniel memang tidak makan langsung dari pagi hinggalah maghrib kecuali..minum pada jam 3 petang... dan syukur..smlm dia berjaya juga berpuasa satu hari..

Dania dan Tasha memang tak pernah tinggalkan puasa sejak umur 6 tahun...

Semoga kita semua di berkati Allah dan di rahmati...

Selamat Berpuasa

No comments: