Monday, November 10, 2008

Berlakon Drama Sutera Maya TV3











Assalamualaikum Semua,

Dah lama benar rasanya saya tak menulis di blog ini.
Kesempatan ini ingin saya coretkan beberapa aktiviti terkini saya.

Pertama, Kelmarin Ahad 9 Nov, Abg saya Raja Azhar dan kakak Ipar saya Maryam dari Ipoh ..drive ke rumah saya di Shah Alam bersama bonda tercinta Halipah... mereka tiba jam 2 ptg dlm hujan lebat..tujuannya adalah Abg saya dan isterinya akan menunaikan fardu haji di Mekah dan berangkat pada malamnya jam 9mlm dari Kompleks Tabung Haji di Kelana Jaya.

Isteri saya menghidangkan mereka makan tengahari dengan Udang Harimau masak lemak cili api, Rendang Ayam, sayur terung pipit dgn telur hancur..dan juga Mee Rebus Special.

Sempena kedatangan Bonda saya, kami sekeluarga telah mengemas bilik ketiga dengan membeli katil dan tilam baru, beli kipas angin baru agar bonda selesa tinggal di rumah saya. Bonda amat gembira dpt tinggal di rumah saya kerana saya ikhlas menjaganya.

Selepas solat asar, kak ida iaitu kakak sulung saya yg tinggal di Sg besi datang kerumah sekeluarga dengan abg ipar saya Abg Amir, dan anak-anaknya Puteri Balqis dan Suami Yazrul dan anak mereka Puteri Yusrina Batrisya (cucu saya daaa), Puteri Maisarah dan sepupu meraka..

Seronok sungguh tengok mereka makan Mee Rebus yg di sediakan dan lega semuanya habis...(saya tak suka membazir)..

Jam 6.40pm, saya dan isteri menghantar Abg saya ke Kelana Jaya utk pendaftaran sebelum ke KLIA dan seterusnya ke Madinah. InsyaAllah 24 Disember nanti abg saya akan pulang ke tanahair dan kami semua mendoakan dia memperolehi Haji Mabrur.

Okeylah..berbalik kepada Aktiviti saya berlakon...
Alhamdulillah tahun ni rezeki banyak juga ..saya berlakon drama Ezora, Sutera Maya Episod 48 & 49 sebagai Doktor..
Kesempatan ini dpt juga saya bertemu dengan pelakon pujaan saya sejak dulu seperti Liza Abdullah, Maria Farida, Nasir Bilal Khan, Mustapha Kamal, Ayu Raudhah, Ery Putra, Fasha Sanda dan lain-lain...

Saya berjaya membawakan watak doktor dengan baik (kata pengarah..iaitu En Hazrin) hehehe.. semua scene di ambil dengan one shot jer..tak de ulang2..alhamdulillah

No comments: