TAHNIAH kepada Anak Sulung ku Raja Farah Natasha 12 tahun kerana berjaya mendapat 4A 1B dalam UPSR yg diumumkan semalam...walaupun gagal mendapat 5A, tetapi aku tetap bersyukur dan berbangga dengan pencapaian dia.
1B = Science
Tasya bersekolah di Sekolah Rendah Agama Integrasi Section 19 Shah Alam iaitu sekolah di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Sekolah ini khusus untuk pelajar2 yang cemerlang di bidang Akademik dan Subjek Agama (PAFA, PSRA).
Setiap bulan, ibu bapa hanya perlu membayar Yuran makan tengah hari sebanyak RM50 sebulan. Ini disebabkan pelajar2 di Sekolah ini, masuk jam 7.30 pagi dan pulang jam 4.30 petang.
Sesi pagi utk akademik..dan sesi petang utk subjek agama..jadi tidak perlu pulang dan salin pakaian seperti di sekolah kebangsaan biasa.
Aku berbangga sebab Tasya ni sejak dia Tahun 1...dia bangun se awal 6 pagi..dan menunggu bas sekolah depan rumah jam 6.30 pagi setiap hari ....dan hari ni Jumaat 14 November..hari terakhir dia menaiki bas sekolah yang sama selama 6 tahun...
Tasya juga berjaya mencapai kejayaan cemerlang dalam ujian PSRA iaitu agama..sebanyak 8 subject... dan average kesemua subjek tersebut 91.8% MUMTAZ.
Dia berminat utk menyambung belajar di Sek Men Agama Bestari (SAMBES) di Subang Jaya iaitu sekolah under JAIS juga dan khusus utk pelajar 4A dan 5A.
Aku menyokong penuh minat dia. Sekolah ini asrama penuh..dan tak jauh dari Shah Alam ..hehe
Utk Tasya, Ayah ucapkan Tahniah, Syukur ke hadrat Allah..berkat usaha dan doa...berjaya juga mendapat 4A (walaupun target 5A) ..apa apapun ..Ayah berbangga...Syabas...
4 comments:
Tahniah buat Tasya !!
InsyaAllah akan kekal cemerlang !!
Wow. Bukan senang nak dapat 4A, kene belajar rajin2 kan. Make sure claim hadiah dari daddy k...
cik faizal..
jmpe2 pon...
King dah lama pergi meninggalkan kita semua.
Post a Comment