Thursday, November 13, 2008

TAHNIAH ANAKKU RAJA FARAH NATASHA




TAHNIAH kepada Anak Sulung ku Raja Farah Natasha 12 tahun kerana berjaya mendapat 4A 1B dalam UPSR yg diumumkan semalam...walaupun gagal mendapat 5A, tetapi aku tetap bersyukur dan berbangga dengan pencapaian dia.

1B = Science

Tasya bersekolah di Sekolah Rendah Agama Integrasi Section 19 Shah Alam iaitu sekolah di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Sekolah ini khusus untuk pelajar2 yang cemerlang di bidang Akademik dan Subjek Agama (PAFA, PSRA).
Setiap bulan, ibu bapa hanya perlu membayar Yuran makan tengah hari sebanyak RM50 sebulan. Ini disebabkan pelajar2 di Sekolah ini, masuk jam 7.30 pagi dan pulang jam 4.30 petang.
Sesi pagi utk akademik..dan sesi petang utk subjek agama..jadi tidak perlu pulang dan salin pakaian seperti di sekolah kebangsaan biasa.

Aku berbangga sebab Tasya ni sejak dia Tahun 1...dia bangun se awal 6 pagi..dan menunggu bas sekolah depan rumah jam 6.30 pagi setiap hari ....dan hari ni Jumaat 14 November..hari terakhir dia menaiki bas sekolah yang sama selama 6 tahun...

Tasya juga berjaya mencapai kejayaan cemerlang dalam ujian PSRA iaitu agama..sebanyak 8 subject... dan average kesemua subjek tersebut 91.8% MUMTAZ.

Dia berminat utk menyambung belajar di Sek Men Agama Bestari (SAMBES) di Subang Jaya iaitu sekolah under JAIS juga dan khusus utk pelajar 4A dan 5A.
Aku menyokong penuh minat dia. Sekolah ini asrama penuh..dan tak jauh dari Shah Alam ..hehe

Utk Tasya, Ayah ucapkan Tahniah, Syukur ke hadrat Allah..berkat usaha dan doa...berjaya juga mendapat 4A (walaupun target 5A) ..apa apapun ..Ayah berbangga...Syabas...

Monday, November 10, 2008

Berlakon Drama Sutera Maya TV3











Assalamualaikum Semua,

Dah lama benar rasanya saya tak menulis di blog ini.
Kesempatan ini ingin saya coretkan beberapa aktiviti terkini saya.

Pertama, Kelmarin Ahad 9 Nov, Abg saya Raja Azhar dan kakak Ipar saya Maryam dari Ipoh ..drive ke rumah saya di Shah Alam bersama bonda tercinta Halipah... mereka tiba jam 2 ptg dlm hujan lebat..tujuannya adalah Abg saya dan isterinya akan menunaikan fardu haji di Mekah dan berangkat pada malamnya jam 9mlm dari Kompleks Tabung Haji di Kelana Jaya.

Isteri saya menghidangkan mereka makan tengahari dengan Udang Harimau masak lemak cili api, Rendang Ayam, sayur terung pipit dgn telur hancur..dan juga Mee Rebus Special.

Sempena kedatangan Bonda saya, kami sekeluarga telah mengemas bilik ketiga dengan membeli katil dan tilam baru, beli kipas angin baru agar bonda selesa tinggal di rumah saya. Bonda amat gembira dpt tinggal di rumah saya kerana saya ikhlas menjaganya.

Selepas solat asar, kak ida iaitu kakak sulung saya yg tinggal di Sg besi datang kerumah sekeluarga dengan abg ipar saya Abg Amir, dan anak-anaknya Puteri Balqis dan Suami Yazrul dan anak mereka Puteri Yusrina Batrisya (cucu saya daaa), Puteri Maisarah dan sepupu meraka..

Seronok sungguh tengok mereka makan Mee Rebus yg di sediakan dan lega semuanya habis...(saya tak suka membazir)..

Jam 6.40pm, saya dan isteri menghantar Abg saya ke Kelana Jaya utk pendaftaran sebelum ke KLIA dan seterusnya ke Madinah. InsyaAllah 24 Disember nanti abg saya akan pulang ke tanahair dan kami semua mendoakan dia memperolehi Haji Mabrur.

Okeylah..berbalik kepada Aktiviti saya berlakon...
Alhamdulillah tahun ni rezeki banyak juga ..saya berlakon drama Ezora, Sutera Maya Episod 48 & 49 sebagai Doktor..
Kesempatan ini dpt juga saya bertemu dengan pelakon pujaan saya sejak dulu seperti Liza Abdullah, Maria Farida, Nasir Bilal Khan, Mustapha Kamal, Ayu Raudhah, Ery Putra, Fasha Sanda dan lain-lain...

Saya berjaya membawakan watak doktor dengan baik (kata pengarah..iaitu En Hazrin) hehehe.. semua scene di ambil dengan one shot jer..tak de ulang2..alhamdulillah

Tuesday, October 7, 2008

3 Syawal Jumaat....







3 Syawal ~ Jumaat

Pagi pagi lagi dah bangun bersiap-siap utk ke kampung wife di Sabak Bernam - Kg Parit Baru (22km dari bandar Sabak Bernam)
Mak mertua aku dgn kak long bercadang beraya di rumah makcik makcik di bagan datoh perak. So mereka bertolak jam 9.30 pagi.

Aku pun bersiap2 utk bertemu di bagan datoh...jam 9.50 pagi.. setelah bersalam salaman dengan kak nor dan keluarga..salaman dgn bonda.. kami pun terus ke bagan datoh.

Kami melalui Bota Kiri, Ulu Dedap, Seberang Perak...dan terus ke jambatan menuju ke Teluk Intan...setelah melepasi sek men sains teluk intan..kami tiba ke simpang empat hutan melintang...kami belok ke kanan..mencari parit 13...laluan semakin teruk dan sempit...hehhee

Sampai la ke rumah Wak (lupa lak nama dia) sedara mak mertua aku... rumahnya rendah.. muat muat kepala aku jer..mmg sampai siling rumah dia.. hehehe..terpaksa la tunduk..
Setiba di sana.. mak mertua aku, kak long, abg din, Fitri, Ika dan fareez dah ada di situ...begitu juga dgn makcik wife aku..
kemudian tiba pulak sepupu wife aku.. Kak endang yg tinggal di tanjung karang n family..Kak Ton n family juga ada.. 5 kereta kami di rumah kecil tu...

Kemudian kami ke rumah Wak Mon.. kakak mak mertua aku.. rumah yg tak pernah kami mis setiap kali raya sbb dia pasti akan masak nasi dan lauk pauk dan juga specialty pecal (pedas tahap gaban) hehe...

Adik ipar aku Boy n family juga tiba... 6 buah kereta kami serang rumah wak mon.. hehehhee... meriah sungguh..

Jam dah pukul 12.40pm..aku dah kepanasan.. aku minta diri utk terus ke Parit baru Sabak bernam dan solat jumaat di sana..

Sampai je ke masjid di parit baru..ngam ngam..pak imam baca doa...aku solat jumaat dekat dgn kolah...gelap gelita ... hehehe punya la ramai org..

Anak bongsu aku sebelum puasa lagi dah berhajat utk membeli kereta remote control besar... sbb dia dah ada UFO terbang remote control.. so aku ckp..puasa kene kuat..nanti dpt duit raya...kita beli kereta remote kontrol...dia happy sgt2...

So, selepas solat jumaat.. aku sorang2 ke kedai di Sg Ayer Tawar..setengah km je dari masjid tu... aku nampak la kereta remote control...besar.. cantik.. aku beli...tak sampai 60 pun..
Lepas tu aku borong air botol 1.5l yg besar tu.. berwarna warni yg kurang gas ... di situ murah.. sedozen (12 btl) baru RM18.. aku borong 2 dozen utk buat raya..(senang tak payah bancuh) hehehe...

Aku sampai je ke rumah nenek mertua aku (rumah je ada...nenek dah lama meninggal)..aku terus suprisekan si Daniel tu..dia terkejut dan happy sgt2 dpt kereta remote control..hadiah raya..

Kemudian kami beraya di rumah Kak Ani dan rumah embah.. nenek mertua aku di baruh... aku tak bercadang tidur di sabak bernam sbb dah 5 malam tidur beralaskan toto( sakit pinggang ) hehhe. so selepas semua rumah dah kami ziarah..aku terus pulang ke shah alam..

Jam 9 mlm kami tiba di shah alam..dan legaaaaaaaaaaa dpt tidur di bilik dgn tilam empuk dan aircond...

Itulah catatan beraya tahun ini..meriah sungguh..dgn keluarga aku..keluarga mertua aku... dan sepupu semua...

Salam Aidil fitri... Maaf Zahir Batin...

King5zal

Hari Raya Aidilfitri 2008 ~ Coretan King5zal












Isnin 29 Ramadan selepas berbuka puasa di rumah mak mertua ku di Shah Alam (jarak dgn rumah ku cuma 80 meter jer.. hehe).. aku bertekad utk pulang ke rumah kakak ku Raja Noorzah di Gelung Pepuyu Titi Gantung Perak (near Ayer Tawar) utk beraya kerana bonda tersayang beraya di sana tahun ini. Penuh Boot waja aku dgn 5 beg besar (sorang satu) bantal sorang satu..selimut.. toto (utk aku) hehe.. dan pulang waktu malam mmg best..sbb dpt minum dan makan dlm perjalanan...

Tepat jam 11.30 malam.. kami tiba ke rumah kakak ku.. dan disambut dengan gembira oleh Kak Nor, Abg Khalil (abg ipar), Ella (anak saudara) dan juga Diyana (anak saudara) serta Opah...bonda ku.

Jam 5 pagi kami bersahur utk kali terakhir utk tahun ini..dgn makan nasi goreng yg di masak oleh kak nor... memang sedap...

30 Ramadan/ 30 Sept - Hari terakhir Puasa

Daniel..anak bongsu aku yg berumur 5 tahun.. memang kuat berpuasa.. alhamdulillah..walaupun baru 5 tahun..dia langsung tak makan di siang hari sepanjang bulan ramadan..dan berjaya berpuasa penuh (tanpa makan dan minum) selama 4 hari.. hari hari lain..dia cuma minum jam 4 petang setengah gelas dan sambung puasa kerana kepenatan...

Hari terakhir puasa..Daniel teramat letih..dan aku suruh dia tidur utk hilangkan rasa lapar dan dahaga... dia tidur dari jam 2pm hingga 6.30pm.. dan dpt juga berpuasa penuh...

Malam raya.. isteri ku Linda dan Ella sama sama memasukan beras ke dalam kelongsong ketupat dan abg ipar ku.. di siangnya sempat memasang lemang.. mmg best...

1 Syawal - 1 Oktober Rabu 2008

Aku bersiap2 dgn baju melayu recycle heheh (baju raya thn 2007) sbb aku bukan jenis suka beli baju baru... janji cantik..dan muat.. pagi pagi aku, Daniel, Anak2 ku Tasha, Dania dan juga Kak Nor, Ella, Diyana dan Abg Khalil ke Surau berhampiran rumah (jalan kaki jer) utk solat sunat aidilfitri.. (wife aku uzur) jaga Opah di rumah.

Selepas je solat sunat aidilfitri..pulang ke rumah kak nor.. kami makan ketupat..lemang..rendang ayam..kuah kacang pehhhh enak sungguh.. Daniel hentam 4 pinggan (balas dendam puasa la tu hehe).

Lepas tu sesi bergambar... byk sungguh gambar kami ambil..terutama di pondok kak nor yg cute di depan rumah dia.. kereta besar dia Kia Optima dan juga dgn anak saudara ku..

Anak2 aku sering tertanya tanya berapa la diaorg dpt duit raya hehe... aku sering tipu dgn mengatakan sorang 10 ringgit jer.. hehehe

rupanya bila bukak angpow raya semua senyum lebar hehe.. tahniah buat anak2 ku Tasha 12 dan Dania 10 yg puasa penuh sejak umur 6 tahun....

Lepas kak nor dan keluarga ke rumah keluarga mertua dia di Changkat Chermin.. aku n family ke Ipoh utk beraya di rumah kawan2 lama aku..sbbnya..tahun 2007..aku tak balik ipoh kerana beraya di Kemaman rumah kak ina sbb bonda beraya di sana...

Aku ni sempoi..dimana bonda aku beraya..di situlah aku beraya..

Rumah pertama aku singgah beraya di Ipoh adalah rumah kawan baik aku.. 'I'... atau nama dia Rizal ... kami sembang kisah lama2...zaman sekolah dll.. anak dia pun dah 3 juga...

kemudian aku ke rumah Azwan..kawan sekolah aku...sebaya..yg skrgni bekerja di Public Bank Ipoh..dan menetap di Klebang..rumah sendiri..tapi dia masih mcm dulu.. SOLO..belum berumah tangga..

Kemudian aku ke rumah Zul Pau ..iaitu kawan sekelas aku juga di Kg Sg Tapah.. dia bekerja di Public Bank HQ di KL (depan KLCC) dan juga dia membuka restoran di Kg Baru.. Shazana Pau & Cafe.. wife dia uruskan restoran dan juga kilang membuat Pau yg enak dan lazat..

Kemudian kami ke rumah Man..di sg tapah juga..tapi kebetulan lalu depan rumah abg aku..Abg Azhar..dan dia ada di rumah.. inilah satu keajaiban sbb inilah pertama kalinya dlm sejarah abg aku beraya di Ipoh sejak dia menikah 17 thn lalu..(tiap tiap tahun dia akan beraya pertama di rumah bapa mertua dia di Pendang Kedah)...

Lepas tu kami kerumah Man.. kemudian Fauzi di Kg Manjoi..dgn konvoi 4 kereta.. (aku n family, I and family, Amir, Man n family).
Fauzi ni jiran aku dulu2...dia muda sikit dari aku..rupanya dia ni warden penjara taiping sekarangni... tak sangka aku..

Lepas tu kami berkonvoi pula kerumah Amir di Kg Kepayang Fair Park..near Stadium Perak..meriah... Amir ni duduk dgn mak dia ..sbb dia masih bujang trang tang tang..walaupun dia dah 39 tahun... bila la dpt jodoh kawan baik aku ni...nama panjang dia Amir Saiful Anuar..so kitaorg panggil di Amir.. mak dia panggil dia Nuar hehhe.. ofis dia panggil Saiful...

beraya sakan aku.. lepas tu kami ke rumah Ayah Bos aku di Gunung rapat sebelum kami ke rumah baru Man di Pengkalan Pegoh dekat Pasir Putih ... best tengok kawan aku yg baru dpt anak pompuan dan dah ada rumah sendiri..

Lepas maghrib..kami pulang ke rumah kak nor...dan girang gembira sbb Kakak sulung aku yg beraya di Tapah rumah mertua dia ada di situ..Kak idah..Abg Amir (abg ipar ku), Puteri Maisarah, Megat Amir Syafeeq, Megat Amir Danish semua ada..

Meriah sungguh..alhamdulillah kali ini..semua rumah yg aku pergi..semua ada orang...

2 Syawal

Kalini.. aku, kak nor, kak idah..kami berkonvoi 3 kereta ke rumah mak saudara dan ayah saudara aku di Ipoh..

Aku terpaksa menunggu Kak idah n family yg mmg terkenal dgn kelembapan mereka hehehhe.. Kami ke rumah mak mertua sepupu aku Mior Faizal yg dah 6 tahun aku tak jumpa... kami terus je ke layang Parit dan dpt bertemu dgn Ijey n family dan mertua dia.. meriah..

Kemudian kami ke Ipoh ke rumah mak Ijey iaitu wan yang (kakak kepada bonda aku).. Bonda aku dah tak larat jalan kerana sakit kaki..dan rupanya wan yang juga sama..

Setibanya kami ke rumah wan yang..satu perkara yg amat melucukan hehehe.. kak idah masuk2 je rumah wan yang terus terkejut sbb baju wan yang purple maxi ..sama dgn baju bonda aku .. hehehhee...
riuh rendah...satu rumah.. rupanya sepupu aku cikgu di kapar klang.. nama mawar.. beli kain ela purple di Nagoya Klang..dan wife aku Linda beli kain yg sama di Nagoya Alam Sentral Shah Alam..
So kami terus suruh bonda aku dan kakak dia ..duduh sebelah menyebelah dan aku terus mengambil gambar hehhee.. tak sangka sungguh...

Sepupu aku semua ada lak tu.. Ra n family, Dak n family, Ina n family, mawar n family, katan n family.. mmg best...

Wan Yang ni dah 71, bonda aku 68... korang lihat la gambar mereka hehe.. baju purple..bonda aku kanan tudung biru gelap..

Kemudian kami ke rumah Mak Cik (adik bongsu bonda aku).. dan seterusnya ke Kampung Tersusun Tg Rambutan rumah Bapa saudara aku (abg bonda aku) yg kami panggil Angah.. kesian angah..beraya sorang2...dia dah 74 thn...

Kemudian kami ke rumah sepupu aku Raja Abdul Rahman (kami panggil Abg Ney) di Meru Ipoh. Dia ni dulu Pengetua Sekolah Anderson dan skrgni Pengarah Pendidikan Perak Tengah di Kampar... sedap kami makan laksa dan kek..

Kemudian kami ke rumah besan kak idah di Ipoh..utk tengok cucu nya.. Puteri Yusrina Batrishah yg lahir 1 Ramadan lalu...

Aku dah jadi Datuk hehehheh sbb anak kakak aku Puteri Balqis dah beranak... Tok Usu hehhee...

Itulah serba ringkas coretan Beraya di Ipoh...

Akan di update raya di Bagan Datoh..Sabak Bernam dgn Mertua aku pula ...











Wednesday, September 17, 2008

18 Ramadan 1429 - 18 September 2008

Assalamualaikum Semua..

Dah lama saya tak berkesempatan menulis di blog ini kerana baru sahaja selesai berpindah ke bangunan baru di Plaza Glomac Kelana Jaya....alhamdulillah...

Pagi ini mesin photostat cum fax cum scanner fuji xerox baru sahaja sampai.. barulah boleh print documents...

Aku masih mengejar Company Secretary kerana form 24 masih lagi belum di sediakan. Company Mienco Distribution ini baru sahaja increase paid up Capital dari RM2 ke RM1 juta.. Form 49, Form 9 semua dah siap... di harapkan semua documentations ini dapat di siapkan segera..

Company ini terlibat dalam semua bidang ICT... computers...distributor Lenovo/Dell... dan lain-lain..

Semalam hari Nuzul Quran..aku berbuka puasa di Syarikat lama aku..di Malaysia Airlines Subang Airport bersama-sama dengan kawan lama MASenidaya.. kumpulan Gamelan MAS.. dah lama sungguh aku tak main Gamelan..dan peluang berbuka puasa secara Pot Luck amat mengeratkan silaturrahim antara kami ..Alumni Gamelan ...
Aku membawa 5 botol air King Cola (sempena nama aku King..hehehe)
Azman iaitu ketua Gamelan...staff engineering MAS Subang..membawa Spagetti..Kebab dan lain2.. byk sungguh makanan...

Kami mulakan dengan minum dan jamah kurma dan kuih..kemudia solat maghrib berjemaah..
barulah makan...

Kepada Tauhid MAS KLIA, Bob Kurus..dan lain-lain..(ramai ahli gamelan baru yg aku tak kenal) di ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi menjemput King utk sama2 berbuka puasa...

Hari Rabu juga yakni semalam.. buat pertama kalinya.. Daniel anak bongsu aku yg baru usia 5 tahun..telah berjaya berpuasa penuh satu hari..tanpa makan dan minum dari sahur hinggalah ke maghrib...kesian Daniel.. dia muntah selepas makan nasi..kerana angin..
Selama 16 hari puasa sebelum ini..Daniel memang tidak makan langsung dari pagi hinggalah maghrib kecuali..minum pada jam 3 petang... dan syukur..smlm dia berjaya juga berpuasa satu hari..

Dania dan Tasha memang tak pernah tinggalkan puasa sejak umur 6 tahun...

Semoga kita semua di berkati Allah dan di rahmati...

Selamat Berpuasa

Sunday, August 17, 2008

PENGALAMAN BERLAKON DRAMA






INGIN saya ceritakan serba sedikit tentang pengalaman saya berlakon drama tv. Sejak tahun 2004 hingga kini sudah lebih 20 buah drama yang saya lakonkan...kebanyakannya adalah watak 'extra' iaitu watak samseng..

Antara drama yg telah saya lakonkan adalah seperti Lensa Kriminal, Tentangan 1, Tentangan 2, Ezora, Menggenggam Bara, Tidak Pernah Ku Kesali dan lain lain.

Dalam banyak-drama itu, Tentangan 2 yang baru habis penggambaran di Clearwater Sanctuary Golf Resorts Batu Gajah Perak dan akan di tayangkan di TV2 pada Oktober nanti adalah drama yang paling banyak watak saya lakonkan. Hampir 20 episod saya terlibat dalam drama itu.

Watak saya sebagai Tuan Adam iaitu Pengarah Syarikat Tiara. Drama ini di arahkan oleh Mr Terry Chan dan 99% pelakon adalah bangsa cina. Bahasa Melayu digunakan 100% dalam drama ini. Perkataan OK tidak dibenarkan langsung sama sekali. jadi cabarannya adalah untuk menggunakan bahasa buku.

Berlakon ini adalah sekadar hobi di masa lapang saya sahaja.

Kalau ada di kalangan pembaca blog saya ini yg minat berlakon dan berbakat..boleh la hubungi saya ya...

Tuesday, August 5, 2008

Menanti Office Baru Siap...


Office baru Mienco Distribution Sdn Bhd sepatutnya siap pada 1 Ogos yang lepas..namun disebabkan masalah bahan mentah, pihak kontraktor pengubahsuaian (renovations) telah menyebabkan kelewatan.

Pejabat ini adalah terletak betul-betul di belakang Shell/Petronas di Plaza Tol Subang Airport.. iaitu di Plaza Glomac (warna Oren) bangunan yang baru sahaja di siapkan. Bersebelahan dengan bangunan ini adalah Sterling Condo dan Mahkota Kelana Condo...

Syarikat ini adalah Distributor untuk DELL dan LENOVO.. semua yg berkaitan dgn IT..

Di harapkan rakan blogger dan juga teman2 jika memerlukan bantuan bagi mendapatkan Komputer.. Desktop.. Laptop... boleh la hubungi saya ya...

Salam Perkenalan

Assalamualaikum w.b.t.

Saya King5zal ingin mengalu-alukan kedatangan para bloggers, kawan-kawan, surfers ke halaman blog saya yang tak seberapa ini.

Izinkan saya menceritakan serba sedikit tentang diri saya.

Nama penuh saya RAJA FAIZAL BIN RAJA ABDUL AZIZ dan di lahirkan di Terendak Kem Melaka pada Jun 6, 1970. Arwah ayah saya RAJA ABDUL AZIZ BIN RAJA ABDUL RAHMAN adalah bekas Tentera yang telah berkhidmat untuk Agama, Bangsa dan Negara tercinta, Malaysia dari tahun 1952 hingga 1977. Arwah ayah saya adalah Idola dan Hero saya.

Beliau mendidik saya menjadi seorang Insan dan manusia. Satu-satunya harta yang amat berharga yang arwah berikan adalah Pendidikan. Alhamdulillah, berkat doa dan kerja keras arwah ayah saya, semua adik beradik saya seramai 5 orang berjaya mendapat ijazah dari pelbagai universiti dalam dan luar negara. Bukan mudah bagi arwah kerana beliau sering bertugas di perbatasan dan di pelbagai negeri di Malaysia. Kakak sulung saya bersekolah sebanyak 16 sekolah kerana mengikuti arwah ayah saya bertugas.

Jadi, di sini ingin saya tekankan, disiplin, ketekunan dan ketaqwaan adalah asas kesejahteraan setiap keluarga. Arwah ayah saya bukanlah orang senang. Beliau telah menjadi yatim piatu sejak berumur 6 tahun dan tinggal di asrama anak2 yatim. Berkat kesungguhannya arwah ayah saya di terima masuk ATM pada tahun 1952 pada umur 20 tahun. Beliau pencen tentera pada tahun 1977 dengan pangkat Staff Sarjan di bidang Kejuruteraan Elektrik dan Jentera (KJLJ).

Saya mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Tanjung Aru Sabah dari tahun 1977 (2 penggal sahaja) dan berpindah ke Sek Keb Kg Manjoi, Ipoh (1977-1979). Semasa di darjah 4 saya terpaksa berpindah lagi ke Sek Keb Jln Douglas di Ipoh kerana Sek Keb Kg Manjoi hanya setakat darjah 3 sahaja..tiada darjah 4 hingga 6.

Dari tahun 1983 hingga 1987 saya bersekolah di Sek Men Dr Megat Khas Jalan Labrooy Ipoh dari tingkatan satu hingga tingkatan 5.
Sekolah ini semua lelaki dan saya berpeluang mengasah bakat saya di bidang sukan, kepimpinan dan juga kerja berkumpulan. Saya telah di beri peluang untuk menjadi Pengawas sekolah dari tingkatan 2 hinggalah ke tingkatan 5 dengan memegang jawatan Setiausaha Pengawas.

Saya amat aktif dengan sukan dan telah berjaya menggondol 10 pingat emas dan 3 perak dalam acara kegemaran saya iaitu lompat. Dari form 3 hingga form 5 tiada siapa yang dapat menewaskan saya dalam acara Lompat Tinggi, Lompat jauh, Lompat Kijang. Saya juga mewakili daerah di acara lompat tinggi dan berjaya mendapat tempat ke 2 (tewas kepada pemegang rekod sukan SEA pada waktu itu Low cwee peng). Waktu di tingkatan 3, tinggi saya 185cm dan 59kg.

Saya juga adalah ketua rumah Hijau dan berjaya menjadi johan dari form 3 hingga form 5. Banyak kenangan manis di sekolah ini kerana kami bergaul dengan pelbagai kaum, melayu, cina, india. All boys School. nakal tu biasala...

Setelah habis SPM, pada tahun 1988, saya melanjutkan pelajaan di ITM Manjung Perak dalam jurusan Diploma In Accountancy. Di sini baru saya mengenal erti pelajar wanita. Susah juga untuk bergaul dengan mereka kerana sudah biasa dengan cakap yg kasar, selamba, berterus terang dengan lelaki selama ini. Oleh kerana sukar menyesuaikan diri dengan pelajar wanita, maka saya buat hal saya.

Alhamdulillah.. di ITM Manjung, saya berjaya mendapat Pelajar Lelaki Terbaik selama 4 semester. Sekali lagi Pelajar DIA di minta bertukar ke kampus baru di ITM Johor, Segamat.
Jadi, Semester 5 dan 6 saya belajar di ITM Johor dan menginap di Blog Garuda.. (skrg dah tukar nama). Kampus baru, serba kekurangan... pelbagai kenangan manis dan pahit di sana.

1991, saya menerima Diploma saya dan di tawarkan ke ITM Shah Alam bagi kursus Diploma Lanjutan Perkaunan (Advanced Diploma in Accountancy).
Barulah saya merasa suasana kampus yang sebenar. Lega.... tiada lagi pelbagai halangan dan rintangan seperti di ITM Manjung dan Johor. hehhe pada masa lampau kami memanggil ITM cawangan ini Sekolah Tinggi Mara..sbb mcm budak sekolah di buatnya..Undang2 pelik..

Di ITM Shah Alam..saya menginap di Perindu 3. Kolej Lelaki yang terkenal dengan kenakalannya.. dan selepas itu kami semua memegang status NR (Non Residence) ..kenela menyewa di section 8... 24 dll..

Di ITM Shah Alam..sebagai senior..saya juga telah di beri kepercayaan untuk memimpin pelajar2 Perkaunan dan di berikan mandat memegang jawatan President, ADIA Asscociation.
Pelbagai aktiviti ilmiah dan ko kurikulum saya anjurkan. Saya juga berkecimpung dengan Sukan Bola Keranjang dan mewakili ITM di peringkat Inter Varsiti. Hobi sukan bola keranjang ini saya teruskan sehingga ke hari ini.

Sebelum saya Grad ADIA, saya telah di interview oleh Bank Pembangunan. Saya amat bersyukur kerana sebaik sahaja keputusan peperiksaan akhir di terima, pada bulan Disember 1993, saya terus mendapat tawaran kerja sebagai Project Officer Bank Pembangunan Alor Setar.
2 Januari 1994 saya melapor diri di B P Alor Setar. Suasana lain dari suasana pembelajaran.

Saya di tugaskan untuk membantu usahawan bagi mendapatkan pembiayaan untuk perusahaan mereka di pelbagai bidang seperti Bas, Pengilangan, Hotel, Perabut dll. Saya di tugaskan untuk Northern Region iaitu Kedah, Perlis dan Langkawi. Masalahnya adalah satu... cuti tak sama dgn KL..saya jadi giler hehehe... lagi seminggu untuk saya di sahkan dalam jawatan, saya bertukar kerja ke Subang jaya dengan anak syarikat PNB iaitu Heveafil Sdn Bhd.

1994 July - Heveafil adalah sebuah syarikat pengeluar latex thread (benang getah) terbesar di Asia dan product di eksport ke lebih 10 negara dengan 9 cawangan luar negara.

1995 - Saya bertukar kerja dan bertugas di Shapadu Corporation Sdn Bhd di Kompleks PKNS Shah Alam sebagai Executive Assistant to Group Executive Chairman... iaitu PA kepada Dato Hj Shahrani, Pengerusi Shapadu. Jadual kerja saya amat ketat dan kerja siang dan malam dan belajar bagaimana untuk berjaya sebagai usahawan.
Sepanjang bertugas dengan Shapadu, saya berpeluang bertugas di luar negara seperti London, Paris, Monte Carlo, Budapest, Beijing, Jakarta dan lain-lain.

Selepas tu pelbagai sektor saya ceburi seperti Koperasi Serbaguna kakitangan MAS di Subang airport selama 4 tahun, Kelab Sukan MAS 4 tahun dan sekarang saya di bidang IT dengan rakan-rakan saya.

Syarikat sekarang ini adalah MIENCO DISTRIBUTION SDN BHD - distributor untuk DELL dan LENOVO.

Saya akan sambung lagi cerita saya sedikit masa lagi.

Sekian dulu dari saya

KING5ZAL